YAKEB santuni bekas atlet di Sabah

Yakeb.jpg

YAKEB memulakan memulakan program Turun Padang 3.0 2023 di Sabah. Foto ihsan YAKEB/BHarian

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Negeri Sabah menjadi lokasi pertama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) memulakan program Turun Padang 3.0 bagi tahun 2023.

Sudah tentu kehadiran YAKEB ke Sabah akan memperkasakan lagi usaha kebajikan bekas atlet dari Negeri di Bawah Bayu itu dengan adanya kolaborasi erat antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu kelmarin, YAKEB pada umumnya dapat menyalurkan maklumat terkini terutama dari segi perkhidmatan ditawarkan kepada bekas atlet.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan sering berkolaborasi dengan YAKEB dan mudah-mudahan kita boleh menyumbang beberapa kemudahan yang ada kepada atlet kita di masa akan datang,” kata Ellron yang juga bekas atlet negara.

“Saya menyeru bekas atlet di negeri ini untuk berdaftar dengan YAKEB kerana pelbagai bentuk bantuan disalurkan oleh yayasan ini. Selain bantuan, YAKEB turut melaksanakan program yang sudah tentu bermanfaat dalam meningkatkan kebajikan ahlinya.”

Dalam pada itu, Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed memaklumkan yayasan sudah mempunyai 2,998 ahli termasuk 92 orang di Sabah.

Program itu turut menyaksikan YAKEB menyumbangkan lima kerusi roda iaitu tiga kepada Hospital Queen Elizabeth 1 dan dua lagi kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Sabah.

Selain itu, YAKEB turut menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada bekas atlet Sabah iaitu bekas atlet bina badan, Justine Sompong dan Haswadi Moliadi selain menyediakan ruang pemeriksaan kesihatan serta beberapa aktiviti lain.

Program YAKEB Turun Padang 3.0 selepas ini dijadual berlangsung di Melaka dan Sarawak pada Oktober sebelum ke Terengganu dan Selangor (November) dan Pulau Pinang (Disember).

 

Sumber: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top