YADIM Sampaikan Sumbangan Kepada Kanak-Kanak Pesakit Talesemia

IMG-20210227-WA0000.jpg

KOTA KINABALU: Pesakit talesemia, Neowell Vann Houtton Mussley menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Ongki (gambar, kanan) menyampaikan sumbangan itu kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan di kediaman mereka di rumah pangsa Tanjung Aru dekat sini.

Bapa kanak-kanak itu, Mussley berasal dari Pensiangan, seorang pekerja am di sebuah hotel terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB sekarang. Manakala ibunya Selly Onong berasal dari Kuala Penyu dan tidak bekerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada Neowell.

Menurut Samin, pihaknya mengetahui keadaan kanak-kanak itu setelah diviralkan di portal dan media sosial.

“Keluarga ini terutama bapa kanak-kanak itu begitu terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang dan mereka memerlukan bantuan,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu.

Sementara itu, ibu Neowell, Selly merayu orang ramai supaya menderma darah untuk membantu anaknya yang mengidap penyakit itu.

Katanya, mereka yang mempunyai darah sepadan dengan kanak-kanak itu dan ingin menderma boleh berbuat demikian di Hospital Queen Elizabeth 1 atau menghubungi Selly di talian 0147357915.

Dia memberitahu, anaknya dikesan mengidap “talesemia major” ketika berusia empat tahun dan sejak itu, dia perlu menjalani pembedahan darah setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top