Wujudkan Pusat Pemulihan Dadah di Pantai Timur Sabah – Bung Moktar

bung-1.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Kerajaan negeri menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mewujudkan sebuah pusat pemulihan dadah di pantai timur Sabah.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata pusat itu bagi memastikan lebih ramai penagih dadah dapat menjalani proses pemulihan sama ada di daerah Sandakan ataupun Tawau.

“Menjadi hasrat Kerajaan Negeri Sabah memohon KDN untuk mewujudkan sebuah lagi pusat pemulihan dadah di pantai timur Sabah sama ada di Sandakan ataupun Tawau.

“Ini bagi memastikan mana-mana individu yang telah ditahan dan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai penagih diberi pemulihan dengan segera.

“Kalau di Kota Kinabalu agak jauh juga, jika di ada di Sandakan atau Tawau sudah tentu dapat meringankan kos dan menampung lebih ramai lagi penagih untuk dipulihkan,” jelas beliau.

Mengulas mengenai statistik Klien Di Dalam Komuniti di Sabah yang mencatat penurunan sebanyak 30.2 peratus atau 782 penagih berbanding tahun lepas, Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah serta Adun Lamag menyeru ahli keluarga serta masyarakat agar terus memberi perhatian serta sokongan moral kepada bekas penagih supaya golongan tersebut dapat menjalani kehidupan normal.

“Saya percaya, data penurunan statsitik ini disebabkan oleh kesedaran dan usaha yang digembleng bersama agar setiap keluarga dan tempat-tempat kediaman selamat untuk didiami dan terhindar daripada aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Dengan adanya rawatan dan pemulihan yang betul, dokongan dan sokongan keluarga serta masyarakat, saya berharap ianya menjadi benteng yang kukuh untuk mencegah penagihan semula,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Aspirasi Kepulihan Keluarga di Dewan Serbaguna Libaran, pada Sabtu malam.

Berdasarkan statistik Orang Kena Pengawasan (OKP) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau Klien Di Dalam Komuniti sehingga Julai tahun ini, jumlah penagih dadah yang berdaftar dan menerima perkhidmatan rawatan dan pemulihan ialah seramai 1,810 orang, berbanding 2,592 orang pada tahun lepas.-PENERANGAN.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top