Wiramuda STAR Sambut Baik Titah Agong

IMG-20220301-WA0007.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Pergerakan Wiramuda Star Sabah menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyeru agar pembangunan infratsruktur di Sabah dan Sarawak dipercepatkan bagi menjadikan dua wilayah tersebut sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baharu berikutan peminndahan ibu kota negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan.

Ketua Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi (gambar) berkata, harapan Seri Paduka Baginda dalam titahnya pada Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen Ke-14 perlu di sambut baik semua pihak bukan sahaja dalam kerajaan semasa tetapi juga di pihak pembangkang agar ia benar-benar memenuhi aspirasi semua peringkat masyarakat di kedua-dua wilayah tersebut.

Katanya, terdapat tiga aspek pembangunan wajar dan amat mendesak yang perlu diutamakan untuk mempastikan kesejahteraan rakyat lebih terjamin iaitu pembangunan infrastruktur melibatkan jalan raya, bekalan air dan elektrik khasnya kawasan-kawasan luar bandar dan separa bandar.

‘’Tiga aspek pembangunan ini boleh dikatakan infrastruktur ‘Back To Basic’ yang agak mendesak di Sabah dan Sarawak khasnya bagi kawasan luar bandar dan separa bandar.

“Ia jelas perlu disegerakan pembangunannya kerana sering kali kedengaran rungutan penduduk mengenai ketiga-tiga sistem itu,” kata Kong.

Selain itu katanya, dengan adanya usaha menyelesaikan ketiga-tiga isu asas ini, akan memudahkan kerajaan melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara holistik ekoran terdapat sistem pembangunan asas yang memberikan keselesaan kepada rakyat.

Jelasnya, penduduk luar bandar yang masih berhadapan dengan kerosakan jalan raya dan ketiadaan bekalan elektrik serta air lebih mudah untuk berkerja dan mengeluarkan hasil pertanian yang sekali gus bakal meningkatkan taraf pendapatan untuk menyara keluarga.

“Anak-anak yang bersekolah juga mudah mentelaah pelajaran selain mendapatkan bahan rujukan.

“Kemajuan mereka dalam pelajaran itu nanti boleh menjadi bekalan masa depan mereka merubah nasib keluarga apabila memperolehi pekerjaan kelak,” jelas beliau ketika ditemui pada Selasa.

Kong turut menyentuh mengenai pembangunan komunikasi dan multimedia yang menjadi keperluan utama masyarakat di negeri ini sebagai salah satu kemudahan jaringan perhubungan penting.

Tegasnya, di alaf moden ini adalah tidak wajar wujud senario dimana para pelajar luar bandar masih mencari lokasi sesuai untuk mendapatkan jaringan internet dan talian telefon mudah alih sehingga ada yang sanggup memanjat pokok bagi tujuan itu.

“Jaringan pembangunan komunikasi dan multimedia bukan sahaja penting untuk pelajar, malah semua penduduk khasnya untuk keselamatan dan kesihatan.

“Bayangkan jika satu-satu perkampungan agak sukar mendapat talian telefon, dan berlaku hal kecemasan seperti sakit atau ancaman keselamatan, ia amat menyukarkan,” katanya lagi.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 agar kerajaan terus menggiatkan usaha dan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri, juga di Sabah dan Sarawak.

Usaha berkenaan merangkumi peningkatan mobiliti rakyat dengan menambah baik rangkaian dan infrastruktur asas serta sistem pengangkutan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top