Wiramuda Star Komited Bela Nasib Penduduk Parlimen Pensiangan

wira-star-pensiangan.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sentiasa komited untuk membela nasib penduduk pedalaman yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabah Covid-19 di negeri ini.

Berikutan itu, Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron berkata sayap wiramuda parti itu telah mengatur program Tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membuka Food Bank bagi kawasan Parlimen Pensiangan.

Bagi merealisasikan misi murni itu, Jordan turun padang baru-baru ini bagi menyempurnakan penyerahan 1,250 pek beras kepada penduduk kampung di Dun Tulid, Sook dan Dun Nabawan.

Katanya penduduk terbabit yang datang dari kawasan Dun Tulid, Sook dan Nabawan

“Walaupun bantuan beras ini tidak mencukupi. Namun semua ini adalah pemberian ikhlas dari saya untuk penduduk kampung yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanyan Foodbank itu dibahagikan kepada 12 Mukim, termasuk masing- masing 3 Mukim di Sook dan Tulid serta enam mukim di Dun Nabawan. –Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top