Wiramuda STAR DUN Pingatan Hulur Sumbangan Kepada Penduduk Terjejas Akibat PKPD

wiramuda-star2.jpg
Kongsi Bersama

RANAU : Beberapa lokaliti di daerah Ranau di kenakan PKPD untuk mengelak penularan dan jangkitan Covid-19 yang terus meningkat di negeri Sabah.

Peraksanaan PKPD itu sudah pasti memberi kesan kepada penduduk yang terlibat terutama sekali bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap .

Timbalan Ketua Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi berkata, PKPD juga menyebabkan petugas barisan hadapan terpaksa bekerja keras, berkorban masa dan tenaga semata-mata demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Menyedari hakikat itu, katanya, Wiramuda Parti Star Sabah berusaha mengumpul dan menyediakan keperluan asas harian bagi disumbangkan kepada penduduk, khususnya keluarga-keluarga yang benar-benar terkesan oleh PKPD.

“Hari ini, penduduk yang terlibat dengan PKPD di dua lokaliti iaitu Kg Lohan Ulu dan Kg Libang telah menerima sumbangan seperti sayur-sayuran dan juga sedikit sumbangan peribadi”, kata beliau.

“Tidak lupa juga buat petugas barisan hadapan yang terdiri dari anggota Rela turut menerima sumbangan.

“Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya lagi.

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih  kepada Adun Paginatan yang juga Ketua Bahagian Star Paginatan, Datuk Abidin Madingkir yang sentiasa perihatin dan membantu penduduk yang terkesan akibat PKP dan PKPD di daerah ini khususnya DUN Paginatan.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top