Wiramuda STAR Dalami Ilmu Asas Kewartawanan

STAR-bengkel.jpg

Sebahagian peserta sedang mengikuti Bengkel Asas Kewartawanan anjuran Wiramuda STAR Sabah.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Barisan hadapan Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Sabah harus menjadi bidang kewartawanan khususnya penulisan berita sebagai platform terbaik untuk mengangkat martabat parti.

Mereka juga perlu memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat dengan sebaik-baiknya bagi tujuan tersebut.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Wiramuda STAR Sabah Kong Soon Choi ketika berucap merasmikan majlis Penutupan Bengkel Asas Kewartawanan anjuran Wiramuda STARSABAH di sini kelmarin.

Soon Choi

Soon Choi

Menurutnya, Wiramuda sebagai sayap kanan kepada STAR tidak dapat lari dari provokasi pihak-pihak tertentu.

Sehubungan itu katanya, menjadi tanggungjawab barisan kepimpinan Wiramuda STAR Sabah terutamanya ketua-ketua penerangan untuk menangkis, memberi penjelasan dan mengangkat martabat parti menerusi publisiti akhbar, media sosial atau pun media elektronik.

“Namun, jika kita tidak mempunyai ilmu khususnya dalam asas kewartawanan atau penulisan, parti akan menjadi mangsa buli dan fitnah pihak lawan atau netizen yang banyak mengkritik tindakan atau perjuangan parti.

“Menerusi Bengkel Asas Kewartawanan yang disertai oleh Wiramuda, ia mampu menjadi platform terbaik dan sangat bermanfaat kepada kita semua sebagai barisan hadapan parti STAR,” tambah beliau.

Soon Choi berkata, penganjuran Bengkel Asas Kewartawanan dengan kerjasama Portal Prime Daily dan Portal Borneo Daily Bulletin itu bertujuan mendedahkan ilmu asas kewartawanan khususnya dalam penulisan berita kepada Ketua-Ketua Penerangan serta Ahli-Ahli Wiramuda STAR keseluruhannya.

Menurutnya, selepas mengikuti bengkel berkenaan, diharap banyak berita dan laporan aktiviti Wiramuda atau parti STAR dari kawasan masing-masing disiarkan walaupun hanya dalam bentuk berita bergambar.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan barisan Wiramuda STAR mengenai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam mengangkat martabat dan perjuangan parti.

Katanya, usaha yang dilaksanakan itu bagi memastikan martabat dan perjuangan parti terus diterima rakyat dari pelbagai peringkat.

 

Kredit foto: FB Kong Soon Choi Ah Choi

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top