KOTA KINABALU: Wilayah Gyeongsang Utara di Korea Selatan menyatakan minatnya untuk menjalin hubungan perdagangan dengan Sabah.
Wilayah terbesar di semenanjung Korea itu juga merupakan pusat industri keluli dan tekstil Korea Selatan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata hasrat ini disampaikan oleh gabenor wilayah itu Lee Cheol Woo, yang membuat kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin (29 Mei).
Dalam satu kenyataan di sini, Hajiji melahirkan harapan agar rombongan kerajaan Gyeongsang Utara dapat meneroka peluang pelaburan yang berpotensi di Sabah.
Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Bhd Datuk Madiyem Layapan.
Sumber: The Star
Komen