Warisan Umum 13 Lagi Calon, Jo-anna di Tuaran, Ismail Ayub di Kinabatangan

calon-warisan.jpg

Jo-anna, Ismail dan Datuk Yusof Apdal.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Senarai nama 25 calon Warisan untuk 25 kerusi Parlimen di Sabah lengkap hari ini apabila presiden parti itu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan nama 13 lagi calon.

Nama-nama yang diumumkan hari ini ialah Joanna Sue Henley Rampas (Tuaran), Ahmad Mohd Said (Putatan), Masri Adul (Beaufort), Siti Noorhasmahwatty Osman (Pensiangan), Rowiena Rasid (Beluran), Sharip Bokrata Hassan (Libaran), Ismail Ayub (Kinabatangan), Datuk Yusof Apdal (Lahad Datu), Rasinin Kautis (Keningau), Ukim Buandi (Tenom) dan ADUN Sekong, Alias Sani yang diturunkan bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Dua penyandang iaitu Datuk Rozman Isli dan Ma’mun Sulaiman turut diumumkan akan mempertahankan kerusi mereka di Labuan serta Kalabakan.

Sebelum ini Shafie telah mengumumkan nama 13 calon dalam beberapa siri jelajah parti itu, di mana beliau sendiri akan mempertahakan Semporna, Datuk Darell Leiking (Penampang), Datuk Azis Jamman (Sepanggar) dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud).
Calon-calon lain ialah Rashid Harun (Kudat), Datuk Jilid Kuminding (Kota Marudu), Amanda Yeo (Kota Kinabalu), Ahmad Hassan (Papar), Dr Daud Yusof (Kimanis), Adnan Puteh (Sipitang), Markos Siton (Ranau), Alex Thien (Sandakan) dan Chen Ket Chuin (Tawau).

Dalam pengumuman hari ini juga Shafie menamakan Jamil Hamzah sebagai calon Warisan untuk pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya yang akan berjalan serentak dengan PRU15.

Turut diumumkan adalah tiga lagi calon parti itu di Semenanjung iaitu bagi dua kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dua calon bagi kerusi Parlimen ialah Leong Cheuk Lung di Kampar (Perak) dan Rahim Awang di Kapar (Selangor) manakala Leong Cheok Keng calon parti itu di DUN Malim Nawar (Perak).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top