WARISAN tidak hilang populariti – Dr Daud Yusof

dr-daud-yusof.jpg

Dr Daud

Kongsi Bersama

BONGAWAN: Pemimpin Parti Warisan (WARISAN) menyangkal tanggapan bahawa parti itu kehilangan populariti berikutan tindakan beberapa pemimpin utamanya meninggalkan parti baru-baru ini.

Naib Presidennya, Dr Daud Yusof, sebaliknya berkata WARISAN kini bertambah kukuh kerana dibarisi pemimpin sejati yang ikhlas berjuang untuk kepentingan rakyat dan hak Sabah.

Beliau menafikan dakwaan pihak lawan yang menganggap WARISAN semakin lemah dengan bersandarkan tindakan beberapa pemimpinnya yang keluar parti, termasuk yang terbaru, Ketua Wira WARISAN, Mohd Ismail Ayub.

“Kita sebenarnya lega kerana dengan tindakan (keluar parti) beberapa pemimpin ini, WARISAN kini ‘bersih’ tanpa perlu melakukan ‘pembersihan’ kerana yang penting bagi kami adalah perjuangan yang ikhlas.

“Ia sejajar dengan konsep ‘Malaysia Madani’ yang mengutamakan integriti dan keikhlasan membela rakyat,” katanya ditemui selepas menyempurnakan Penyerahan Sumbangan Dana Pendidikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Mohd Ismail yang juga Ketua Bahagian WARISAN Kinabatangan yang meletak jawatan dan keluar parti, baru-baru ini.

Sebelum ini, WARISAN kehilangan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas bertindak keluar parti sejak berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Sementara itu, Daud yang juga ADUN Bongawan mendakwa pihak yang berdepan kemerosotan populariti dan kekuatan adalah kelompok parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dakwanya, ia dapat dilihat menerusi agihan lantikan jawatan di peringkat akar umbi yang tidak mencerminkan konsep sebenar perkongsian kuasa di antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah.

Terdahulu, Daud menyerahkan dana daripada peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM50,000 yang diagihkan kepada 22 sekolah di kawasan DUN Bongawan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) masing-masing.

Beliau berkata, dana itu boleh dimanfaatkan untuk membiayai kerja membaik pulih fasiliti dan penganjuran aktiviti sekolah.

Katanya, dana itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM200,000 yanh diberikan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek pembangunan kecil di DUN Bongawan.

“Antara projek pembangunan kecil yang kita laksanakan ialah membina beberapa jambatan gantung untuk keselesaan dan bagi memudahkan perhubungan penduduk kampung di kawasan ini,” katanya. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top