Warisan Tanding Semua Kerusi di Sabah, Tujuh Negeri Semenanjung

warisan.jpg

Shafie bersama pemimpin kanan parti pada sidang media di Kota Kinabalu, hari ini

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah, dan kerusi Parlimen Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu akan menetapkan semula (reset) negeri Sabah menerusi PRU-15.

Mohd Shafie berkata walaupun Parlimen dibubarkan ketika negara sedang menghadapi cuaca tidak menentu, beliau menyifatkan PRU-15 sebagai pendekatan untuk memperbaharui keadaan negara, khususnya Sabah.

“Tujuan kita mahu bertanding (di semua kerusi Parlimen Sabah) kerana kita mahu menetapkan semula keadaan, pentadbiran dan cara pengurusan peringkat negeri Sabah,” katanya menurut laporan BH.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan di Kota Kinabalu, hari ini (12 Oktober 2022).

Ketika ditanya mengenai calon muda dan muka baharu, Mohd Shafie berkata, senarai calon akan diputuskan kelak.

“Satu pendekatan kita ialah memastikan adanya gabungan orang muda dan orang lama. Apa yang penting untuk memastikan kemenangan,” katanya.

Mohd Shafie berkata, Warisan juga akan meletakkan calon di beberapa kerusi Parlimen di Semenanjung.

“Kita ada kenal pasti beberapa kerusi yang kita akan tandingi iaitu di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan mungkin di Kelantan satu (kerusi Parlimen) sahaja.

“Kita mempunyai calon pemegang ijazah doktor falsafah (PhD), profesor, doktor yang kita akan tawarkan untuk bertanding dan mereka sangat profesional,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top