Warisan Tanding Lima Negeri Di Semenanjung

warisan-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk bertanding hanya di lima negeri di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, mereka akan bertanding di Perlis, Kedah, Penang, Selangor dan Johor. Itu antara negeri-negeri yang akan ditandingi pada PRU-15.

Beliau berkata demikian selepas program ramah mesra bersama masyarakat kawasan Parlimen Kalabakan kelmarin.

Sebelum ini, beliau menyatakan Warisan tidak berhasrat untuk bertanding semua kerusi Parlimen.

Pada PRU-14, Warisan Plus memenangi 14 kerusi dan daripada jumlah itu, Warisan mempunyai sembilan kerusi termasuk Labuan.

Mengulas tentang kerusi Kalabakan, Warisan akan memastikan kerusi itu kekal dipertahankan.

“Kita akan berusaha dan kita sudah memaklumkan dengan pemimpin kita agar jangan terlampau selesa sangat. Kita minta mereka turun ke bawah bagi merayu undi sehingga ke penghujungnya,” katanya. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top