KOTA KINABALU: Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (Warisan) melabuhkan tirainya kelmarin.
Perhimpunan itu menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan diadakan bagi memantapkan lagi gerak kerja Warisan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal meletak keyakinan tinggi agar semua kepimpinan sedia ada sudah bersedia dan akan turun padang bagi membantu parti untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Barisan kepimpinan Parti Warisan 2021-2024 adalah seperti berikut:-
Presiden : Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (MP Semporna)
Timbalan Presiden : Datuk Darell Leiking (MP Penampang)
Naib Presiden : Datuk Jaujan Sambakong (ADUN Sulabayan)
Naib Presiden : Datuk Junz Wong (ADUN Tanjung Aru) dan
Naib Presiden : Terrence Siambun (Penampang)
Setiausaha Agung : Datuk Loretto Padua Jr
Ketua Penerangan : Datuk Awang Ahmad Sah (ADUN Petagas)
Ketua Wanita : Norazlinah Arif (ADUN Kunak)
Ketua Wira : Ismail Ayub (Kinabatangan)
Ketua Wirawati : Isnaraissah Munirah Majilis (MP Kota Belud)