Warisan Sentiasa Prihatin Pada Mangsa Bencana

jaujan.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Parti Warisan (Warisan) sentiasa prihatin dengan kebajikan mangsa bencana alam di negeri ini dan akan menyampaikan bantuan sewajarnya untuk meringankan beban mangsa.

Utusan Borneo dalam laporannya memetik Naib Presiden parti itu, Datuk Jaujan Sambakong sebagai berkata, mangsa bencana ombak besar di Kampung Forest, di sini akan turut mendapat sumbangan berkenaan.

“Warisan sentiasa prihatin dan bersyukur kerana bencana yang berlaku di sini tidak meragut nyawa penduduk.

“Kita prihatin dengan mangsa terlibat yang terjejas berikutan musnahnya rumah masing-masing dan kehilangan harta benda,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana ombak besar Kg Forest Sekolah Kebangsaan Sungai Anib, kelmarin.

Menurut laporan itu Jaujan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan turut menasihatkan, penduduk negeri ini khususnya yang tinggal di tepi pantai supaya sentiasa bersiap siaga kerana fenomena cuaca buruk dan insiden tidak diingini berlaku setiap tahun.

Katanya, ia bukan sahaja bencana alam seperti ombak besar, tetapi juga insiden kebakaran. Insiden-insiden ini terjadi hampir setiap tahun di seluruh negeri.

“Masalah setinggan di Sabah tidak dinafikan besar dan rumit, walaupun ada peraturan, kerajaan sediakan Program Perumahan Rakyat (PPR)…penduduk kena bagi kerjasama dengan kerajaan.

“Rakyat sekiranya mahu membina rumah, binalah di persekitaran yang selamat…sekurang-kurangnya strukturnya kuat agar tidak mudah musnah sekiranya dipukul ombak,” katanya.

Bekas Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu juga berkata pengurusan untuk menyusun semula perumahan di seluruh Sabah bagi menyelesaikan isu setinggan adalah satu perkara yang bukan mudah.

Katanya, adalah penting untuk rakyat memberikan kerjasama kepada kerajaan agar boleh menjaga keselamatan diri masing-masing.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top