WARISAN Sedia Tanding Semua Kerusi Parlimen Pada PRU15

warisan-bendera.jpg

KIMANIS, 8 Jan -- Petugas kempen Parti Warisan Sabah (Warisan) memasang bendera gergasi parti itu sebagai bahan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di Pekan Kimanis hari ini. PRK Kimanis pada 18 Januari ini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan Datuk Karim Bujang, 67, dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, 48. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Parti Warisan bersedia mempersiapkan jentera parti untuk bertanding di semua kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu telah diputuskan di peringkat Majlis Tertinggi parti selaras dengan undang-undang Warisan.

Tegasnya, kesediaan bertanding di semua kerusi parlimen itu juga disandarkan kepada pengalaman luas beberapa pemimpin dalam parti yang pernah berkhidmat di peringkat nasional.

“Kita menawarkan diri kita dan di samping itu kita memutuskan untuk bertanding di 222 kerusi parlimen pada PRU15.

“Jika UMNO, PBS, GPS, PKR dan Pas bertanding di Sabah atau di Sarawak… takkan Warisan tidak boleh menawarkan diri sebagai pilihan pada PRU15,” katanya.

Setakat ini Warisan mempunyai lapan kerusi di Dewan Rakyat.

Selain Mohd Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Semporna, kerusi Warisan di peringkat Parlimen Sabah ialah Penampang (Datuk Darell Leiking); Lahad Datu (Datuk Mohamaddin Ketapi); Sepanggar (Datuk Azis Jamman); Kota Belud (Isnaraissah Munirah Majilis).

Tiga lagi kerusi Warisan di Dewan Rakyat ialah Kalabakan (Ma’mun Sulaiman); Papar (Ahmad Hassan) dan Labuan (Datuk Rozman Isli). – AWANI


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top