Warisan Sedia Kerjasama, Tapi Hanya Dengan Parti Sabah Saja

shafie.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan sedang mencari “reset” politik di Sabah dan hanya akan bekerjasama parti yang berpusat di negeri itu sahaja.

Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu pada Rabu, presiden parti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerjasama itu masih belum dimuktamadkan.

Sekiranya tiada sebarang perubahan, Warisan akan meletakkan calon bagi semua 25 kerusi parlimen di Sabah dan satu kerusi di Labuan.

Bagaimanapun, Shafie membayangkan masih ada peluang “sesuatu untuk berlaku”.

“Kemungkinan besar kita akan bertanding 25 kerusi (di Sabah) kecuali ada sesuatu perkara yang berlaku. We can make some adjustment (Kita boleh buat perubahan),” katanya.

Kenyataan Shafie itu mengesahkan Warisan tidak berminat untuk meneruskan pakatan dengan Pakatan Harapan (PH) seperti yang dilakukan semasa pilihan raya umum (PRU) 2018 dan pilihan raya negeri Sabah 2020.

Hubungan antara Warisan dan PH menjadi keruh selepas PH menandatangani MoU persefahaman dengan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2021.

Shafie menambah, Warisan berminat di beberapa kerusi di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia – Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Selangor, Johor, Perak dan Kelantan.

Dia berjanji bahawa Warisan akan meletakkan calon-calon yang “sangat profesional”.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top