Warisan Secara Rasmi Lebarkan Sayap Ke Semenanjung, Janji Letakkan Malaysia Di Landasan Yang Betul

shafie-pelancaran-warisan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Warisan, parti yang berpangkalan di Sabah secara rasmi melebarkan sayap ke Semenanjung hari ini dengan presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjanji untuk meletakkan kembali negara di landasan yang betul.

Berucap pada majlis pelancarannya pagi ini, Shafie berkata, Warisan memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bangsa seperti parti yang disertainya sebelum ini.

“Kita bawakan kepelbagaian merentasi agama, etnik, makanan dan tradisi.

“Kita perlu bermula hari ini, tidak boleh lagi tunggu esok atau minggu depan atau tahun depan,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, sudah tiba masanya perubahan dilakukan dalam landskap politik negara dengan menumpukan kesepaduan semua kaum.

Katanya, walaupun negara sudah mengecapi kemerdekaan lebih 60 tahun, rakyat Malaysia masih lagi terpisah dengan jurang yang sangat jauh.

“Tanpa Umno, Melayu tidak akan mati. Orang Islam tidak akan mati tanpa PAS dan orang Cina tidak akan mati tanpa DAP,” katanya.

Beliau berkata, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menubuhkan Bersatu, bekas Perdana Menteri itu menawarkan untuknya menyertai parti itu namun beliau terpaksa menolaknya kerana tidak mahu terus terikat dengan parti berasaskan kaum.

“Ketika Bersatu mahu dibentuk, Tun (Mahathir) ada tawarkan saya sertai Bersatu tetapi saya kata Tun… cukuplah untuk parti berasaskan kaum, saya mahu tubuhkan parti pelbagai kaum dengan pasukan saya dan parti itu akan bermula dari Sabah,” katanya. – FMT/Malaysiakini

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top