Warisan Nafi Kerjasama Dengan PN

shafie-tun.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan laporan sebuah portal yang menyatakan parti itu akan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, laporan portal tersebut amat mengelirukan.

“Warisan menafikan akan bekerjasama dengan PN seperti yang dilaporkan dalam portal berita Sarawak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam laporan portal berkenaan menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di Kuala Lumpur bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya bersetuju untuk menyokong kerajaan PN.

Malah dikatakan, Tun Mahathir dengan sokongan Mohd. Shafie akan mempunyai 15 kerusi Parlimen untuk tampil dengan formula baharu. Difahamkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga akan mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Maka, sebagai balasan Pejuang serta rakan kerjasamanya termasuk Warisan akan menyokong PN. – UTUSAN ONLINE

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top