WARISAN Nafi Dakwaan Akan Sertai PN

leiking.jpg
Kongsi Bersama

Beberapa pemimpin Warisan tampil menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan parti itu akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Warisan Datuk Darell Leiking memberitahu Malaysiakini bahawa dakwaan itu “langsung tidak betul”.

Setiausaha Agung parti itu Datuk Loretto Padua Jr pula menyifatkannya sebagai “fitnah”.

“Warisan bermaruah, Warisan berprinsip,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda Warisan Datuk Mohd Azis Jamman juga menafikan dakwaan itu di Facebooknya.

“Kenyataan yang tersebar bahawa Warisan sertai PN adalah palsu, katanya.

Hantaran tular itu dibuat akaun Facebook bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak Datuk Zaharin Mohd Yasin.

“Berita terkini. Warisan sertai PN. Kerajaan PN tidak tumbang,” menurut hantaran itu.

Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memiliki sokongan 110 daripada 220 ahli Dewan Rakyat setelah Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan dia tidak lagi menyokong gabungan itu.

Meskipun dengan perkembangan itu, kerajaan PN masih dianggap berdiri, sekurang-kurangnya buat masa ini, disebabkan perpecahan di blok pembangkang.

PH hanya mempunyai 91 ahli Parlimen manakala 17 ahli Parlimen pembangkang lagi tidak menyertai mereka.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top