KOTA KINABALU: Dakwaan mengenai perjanjian pilihan raya antara Parti Warisan dengan Barisan Nasional (BN) Sabah hanyalah spekulasi menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata Datuk Darell Leiking.
The Star dalam laporannya hari memetik Leiking sebagai berkata tiada sebarang perbincangan atau perjanjian antara partinya dan BN Sabah berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri.
Leiking, yang merupakan timbalan presiden Warisan menjelaskan beliau menerima banyak panggilan dan mesej WhatsApp daripada pelbagai pihak termasuk wartawan dan ahli partinya yang bertanya mengenai kebenaran dakwaan itu, yang dibuat oleh satu halaman Facebook semalam.
“Saya mengesahkan bahawa tiada perjanjian pilihan raya antara Warisan dan Sabah Barisan, mahupun dengan mana-mana parti politik lain seperti yang didakwa dalam hantaran tersebut,” katanya pada Jumaat, sebagaimana dilaporkan The Star.
Leiking turut menyatakan bahawa isu ini tidak pernah dibangkitkan dalam Majlis Tertinggi atau Biro Politik Warisan, sekali gus menolak dakwaan bahawa parti itu sedang mempertimbangkan kerjasama pilihan raya.
“Hantaran ini hanyalah spekulasi, sesuatu yang biasa berlaku apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya.