Warisan Menang Bergaya di DUN Bugaya

jamil-warisan-bugaya.jpg
Kongsi Bersama

SEMPORNA: Walaupun tidak menyerlah dalam pertandingan di peringkat Parlimen pada PRU15 kerana hanya menang tiga kerusi, Parti Warisan Sabah (Warisan) dapat mengubat ‘lukanya’ apabila memenangi kerusi DUN Bugaya dengan majoriti yang selesa.

Calon Warisan, Jamil Hamzah (gambar) berjaya memperoleh 11,382 undi, menewaskan pencabar terdekatnya Abd Aziz Mohd Ibno dari BN yang hanya mendapat 4,753 undi.

Majoriti 6,629 undi yang diperolehi Jamil menunjukkan penguasaan Warisan di DUN tersebut masih tidak goyah.

Lima lagi calon yang turut bertanding masing-masing mendapat undi yang jauh tercorot. Mereka ialah calon Bebas Jufazli Shi Ahmad (693 undi), Arastam Pandorog dari Pakatan Harapan (562), Karil Pg Kuraini mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (150), Hassan Abu Bakar bertanding atas tiket Pejuang (130), dan Nazmawati Walli dari Parti Bangsa Malaysia (98).

Pilihan raya DUN Bugaya diadakan selepas bekas ADUN, Manis Muka Mohd Darah dari Warisan, meninggal dunia pada 17 Nov 2020 akibat komplikasi buah pinggang. PRK yang seharusnya diadakan ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Pada pilihan raya negeri Sabah ke-16 2020, Manis Muka memperoleh majoriti 6,005 undi dalam pertandingan tujuh penjuru untuk Bugaya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top