WARISAN Mampu Jadi Blok Pembangkang Yang Efektif

warisan.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mampu menjadi sebuah blok pembangkang yang efektif di Sabah.

Pensyarah Kanan Polisi Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Firdausi Suffian berkata, walaupun parti itu hanya mempunyai 32 kerusi namun ia merupakan satu blok pembangkang yang besar setakat ini.

Katanya, Warisan boleh bertindak sebagai pressure group atau pelaksana semak dan imbang dalam dasar-dasar yang diperkenalkan.

“Mereka mempunyai fungsi yang besar bagi melihat dasar-dasar terutamanya dalam pembentangan Belanjawan negeri pada 18 Disember ini.

“Mereka harus merangka strategi untuk menjadi sebuah blok pembangkang yang bukan sahaja bercerita mengenai politik sahaja, sebaliknya membela nasib rakyat,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai, Perhimpunan Agung Warisan yang akan diadakan secara dalam talian pada Sabtu, Firdausi berkata, ia adalah satu inisiatif yang sangat baik ketika negara dilanda pandemik.

Katanya, banyak perkara yang boleh difokuskan Warisan dalam perhimpunan itu.

“Antaranya soal akses kepada hospital, pengangguran, ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat COVID-19, pembangunan dan sebagainya,” jelas beliau. – AWANI


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top