Warisan larang ahli sertai himpunan Gempur Rasuah Sabah

azis-jamman.jpg

Datuk Azis Jamman (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan menghalang mana-mana ahlinya menyertai perhimpunan Gempur Rasuah Sabah yang dijadual berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

FMT dalam laporannya malam tadi memetik Ketua Penerangan parti itu, Datuk Mohd Azis Jamman sebagai berkata, penggunaan logo parti dalam perhimpunan itu turut dilarang.

“Ahli parti Warisan tidak dibenarkan menyertai perarakan ini atas kapasiti sebagai ahli parti dan penggunaan logo Warisan adalah dilarang sama sekali,” katanya dalam kenyataan yang dipetik portal berita tersebut.

Sebelum ini dilaporkan polis menolak penganjuran perhimpunan tersebut, yang dijadual diadakan di hadapan Menara Kinabalu, bagi menjaga ketenteraman awam di negeri itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, polis menolak perhimpunan itu ‘berdasarkan keadaan tidak memenuhi syarat untuk diadakan di kawasan itu’, yang juga menjadi lokasi penganjuran Karnival Ria oleh kerajaan negeri pada hari sama.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Bagaimanapun, penganjurnya, Sekretariat Gempur Rasuah Sabah, berikrar untuk meneruskan acara itu walaupun tidak dibenarkan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top