WARISAN Kemuka Petisyen Cabar Keputusan PRN DUN Karambunai

azis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) telah mengemukakan petisyennya untuk mencabar keputusan pilihan raya negeri bagi DUN Karambunai, kata ketua pemuda parti itu, Datuk Azis Jamman.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, calon Warisan Azhar Matussin mengalahkan Datuk Jainab Ahmad Ayid di kubu Umno tersebut.

Namun pada PRN lalu, Datuk Yakub Khan dari Umno/BN merebut kerusi itu dari calon Warisan Ahmad Jais Otong dengan majoriti hanya 16 undi dalam pertarungan enam penjuru.

“Petisyen mencabar keputusan bagi kerusi DUN Karambunai telah dikemukakan oleh ibu pejabat kami,” katanya kepada media setelah pelancaran Persidangan Umum Tahunan Warisan Wira, Wanita dan Wirawati, yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto S Padua bagi pihak timbalan presiden Warisan Datuk Darell Leiking, di Dewan Hakka di sini semalam.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top