Warisan Hanya Menang 3 Kerusi Parlimen

shafie-warisan-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) hanya berjaya memenangi tiga kerusi parlimen di Sabah dalam PRU15 yang berlangsung semalam.

Kerusi-kerusi itu adalah Kota Belud, Semporna dan Lahad Datu.

Pada PRU14 Warisan menang sembilan kerusi.

Kejutan juga berlaku di Kota Marudu apabila presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang bertanding atas tiket GRS kalah di tangan Datuk Wetrom Bahanda.

Di Batu Sapi, Khairul Firdaus Akhbar Khan yang baru pertama kali bertanding menyumbang satu kerusi kepada GRS apabila berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,821 undi.

Seorang lagi calon muda Andi Muhammad Suryady Bandy yang bertanding atas tiket BN menang bergaya dengan majoriti 9,100 undi.

Menepati jangkaan umum Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang turut mempertahankan kerusinya atas tiket PN di Beluran berjaya memperoleh 11,303 undi dan melayakkannya mengalahkan pencabar terdekat Benedict Asmat (BN) dengan majoriti 1594 undi.

Timbalan Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan pula berjaya mengekalkan kemenangannya di P180 Keningau dengan majoriti 8,056.

Di Kinabatangan, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mempamerkan kehebatannya dengan memenangi kerusi itu bagi kali keenam berturut-turut. Bung mendapat 16,842 undi berbanding lawannya Mazliwati Abdul Malek dari parti Warisan yang mendapat 12,512.

Keseluruhannya pakatan BN-GRS berjaya memenangi 13 daripada 25 kerusi yang ditandingi, PH mendapat 5 kerusi, Warisan 3, Bebas 2, PN 1 dan KDM 1.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top