KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mengambil inisiatif melancarkan Warisan Care sebagai platfrom membantu pelajar yang tercicir untuk menyambung pengajian di Kuala Lumpur City College.
Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, program yang dibiayai sepenuhnya oleh kolej tersebut diharap dapat membantu anak-anak Sabah melanjutkan pengajian dan seterusnya bekerja dalam sektor peruncitan.
Beliau berkata, menerusi program itu, anak-anak Sabah boleh melanjutkan pengajian di peringkat persijilan dan diploma selepas tamat sesi persekolahan.
Dengan menyertai program ini, anak Sabah yang tiada ruang untuk melanjutkan pengajian boleh menyambung pengajian yang akan memberi mereka peluang menimba ilmu pengetahuan dan seterusnya berpeluang bekerja dalam sektor peruncitan.
Selepas tamat pengajian di kolej tersebut, pelajar berpeluang menjalani latihan secara dalaman.- Borneo Today