Warisan Calonkan Bekas Pengarah JPSM Di Ranau

shafie-Ranau.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Bekas Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Markos Siton,67, diumumkan sebagai calon Parti Warisan (Warisan) bagi kerusi Parlimen Ranau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal semasa Program Jelajah Presiden di Dewan Pertubuhan Chon Chu Kung semalam.

Markos merupakan Ketua Bahagian Warisan Ranau.

Mohd Shafie berharap Warisan mampu meraih kejayaan di kerusi Parlimen Ranau dengan adanya sokongan rakyat.

Ketika ini kawasan Parlimen itu disandang oleh Datuk Jonathan Yasin yang memenanginya atas tiket PKR pada PRU14. Beliau bagaimanapun kemudiannya menyertai PPBM (Bersatu) pada tahun 2020.

Mohd Shafie juga turut memberitahu bahawa Warisan kini disertai oleh ramai veteran politik di Semenanjung Malaysia termasuk mantan Setiausaha Agung MIC, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang kini Ketua Perhubungan Warisan Perlis serta mantan exco agama di Kedah yang menjadi Ketua Perhubungan Warisan di Kedah.

Menurutnya, orang UMNO, PKR dan DAP kini semua bergabung di bawah parti Warisan di Semenanjung.

Ketika Warisan mendapat tempat di hati pemimpin politik di Semenanjung, pemimpin Sabah pula mengaitkan Warisan dengan pendatang tanpa izin (PTI),

“Di Britain, orang India boleh dilantik sebagai Presiden dan tidak pernah dengar orang putih bilang PTI, cuma di Sabah sahaja dilabel PTI.

“Jadi Maximus (Datuk Seri Dr Maximus Ongkili), kalau tidak mahu kerjasama dengan saya, tidak apa tapi janganlah hina kami dalam Warisan. Kita orang Sabah bah ini,” katanya.- BORNEO TODAY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top