Warisan Beri Sumbangan Kepada Asnaf, Miskin

shafie-sumbangan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Prihatin dengan kehidupan rakyat yang memerlukan dan terkesan akibat pandemik Covid-19, Parti Warisan (Warisan) tampil menghulurkan sumbangan sempena Ramadan kali ini.

Di Semporna, Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada rakyat daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Semporna.

Agihan sumbangan yang menjadi acara tahunan yang diadakan di kediaman Ahli Parlimen Semporna itu membawa sinar keceriaan kepada penerima yang terpilih.

Beliau berkata, penyampaian sumbangan itu merupakan amalan biasa di peringkat akar umbi.

“Sempena Ramadan ini, kita mahu peringatkan umat Islam tentang tingkah laku yang baik agar perbuatan kita dapat dilihat oleh umat lain dan itu sebahagian dakwah tentang bagaimana umat Islam dapat memaparkan tentang ajaran Islam sendiri,” katanya dalam majlis iftar bersama masyarakat Semporna di Masjid Inabah Kamal, baru-baru ini.

Sementara itu, di Lahad Datu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf dalam sebuah majlis iftar bersama masyarakat Lahad Datu di Masjid Ar-Raudhah.

Program penyampaian bantuan itu turut diadakan di Tawau bagi memberi sumbangan Ramadan kepada golongan asnaf, miskin bagi kawasan Tawau.

Sempena Ramadan kali ini, Mohd Shafie menghadiri program berbuka puasa dan penyampaian bantuan di beberapa kawasan bagi meringankan bebanan golongan yang memerlukan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top