Warisan Bahagian Sipitang Kekal Serta Berprinsip Bersama Shafie Afdal – Mahadi

warisan-bahagian-sipitang.jpg
Kongsi Bersama

SIPITANG: Parti Warisan Bahagian Sipitang kekal serta berprinsip untuk tidak mengubah pendirian mengikuti jejak Adun Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob keluar daripada parti itu.

Timbalan Ketua Bahagiannya Mahadi Momin berkata, Bahagian itu tidak menjadi lemah dengan tindakan keluar parti malah semakin bersemangat sekali gus bersatu dalam memperkukuhkan perjuangan parti di masa depan.

Katanya, Warisan Bahagian Sipitang termasuk sayap-sayap parti masih berfungsi seperti biasa termasuk bersedia untuk menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Warisan Bahagian Sipitang juga, katanya, turut menzahirkan ikrar taat setia kepada kepimpinan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal sekali gus akan sentiasa mendukung aspirasi parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Semua Ahli Jawatankuasa Warisan Bahagian Sipitang termasuk Jawatankuasa sayap Wanita, Wira dan Wirawati melafazkan ikrar untuk kekal setia serta berprinsip meneruskan perjuangan parti. Ikrar setia dizahirkan di hadapan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan Sabah Azhar Matusin malam tadi,” katanya.

Mahadi berkata, setakat ini hanya tujuh bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian termasuk pemangku Ketua Wanita menyatakan pendirian keluar parti sekali gus bersama-sama dengan Datuk Dr Yusof Yaacob.

“Kita sahkan di sini..tiada lagi ahli serta cawangan yang mengumumkan keluar parti untuk bersama beliau. Ini juga tiada lagi Wanita, Wira serta Wirawati keluar parti mengikuti jejak Adun Sindumin,” katanya.

Dalam tempoh sama Warisan Bahagian Sipitang bersedia menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa sekali gus akan menyokong serta memastikan kemenangan calon yang akan dipilih oleh kepimpinan parti kelak. – Jesselton Times

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top