Warisan Akan Kekal Kukuh Dengan Kepimpinan Baharu – Shafie

Shafie.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) akan kekal kukuh biarpun parti itu akan dibarisi kepimpinan baharu selepas pemilihan parti pada Ogos ini.

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, biarpun Warisan berhadapan dengan godaan dan tekanan namun, parti ini akan tetap kukuh.

Beliau juga yakin, pembentukan barisan kepimpinan baharu Warisan itu tidak akan menjejaskan parti itu untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pemilihan parti itu nanti, beliau turut menyatakan kesediaan berhadapan dengan siapa pun pencabar yang ingin bertanding jawatan Presiden.

“Kita mengamalkan sistem demokrasi di dalam parti dan tiada masalah untuk sesiapa sahaja ingin bertanding.

“Di peringkat kepimpinan tiada sekatan atau halangan daripada mana-mana pihak yang mahu berlawan, tiada masalah bagi saya,” ujarnya.

Pemilihan parti yang dilaksanakan pada tiga tahun sekali akan diadakan pada Ogos ini selepas permohonan Warisan menangguhkan pemilihan parti tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 26 Mei lalu.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, beliau tidak pasti alasan mengapa permohonan Warisan ditolak sedangkan pemilihan parti lain boleh ditangguhkan.

“Kita tiada lanjutan langsung jadi kita perlu mengadakan pemilihan dalam tempoh masa ditetapkan.

“Di peringkat parti, kita memang sedia melaksanakan pemilihan cuma kita nak beri fokus kepada perkara lain. Tapi, ROS tidak beri kelonggaran kepada kita, parti lain ada pula kelonggaran,” katanya. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top