Warga Tua Terharu Dikunjungi Menteri

shahelmey-warga-tua.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang warga emas yang tinggal di kawasan setinggan Jalan Tuaran sini meluahkan rasa terharu apabila dikunjungi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya petang semalam.

Anwar Antik, 68 yang tinggal bersama tiga orang anaknya yang berusia 8 hingga 17 tahun merupakan bekas jaga di sebuah bangunan jabatan kerajaan di sini.

“Hampir saya tidak percaya seorang pemimpin berstatus menteri datang berkunjung ke pondok saya dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang sambil menawarkan bantuan untuk meringankan nasib keluarga saya.

“Namun saya bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan menteri (Shahelmey) yang datang sendiri melawat serta memaklumkan bentuk bantuan sara hidup untuk saya dan anak-anak,” katanya.

Bertindak atas maklumat orang awam, Shahelmey bergegas meredah cuaca buruk melawat keluarga Anwar dan memberi jaminan untuk mendapatkan bantuan kebajikan kepada keluarga terbabit menerusi pakej bantuan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah.

 

Baca seterus di: warta oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top