Warga Emas Rentung Dalam Kemalangan Di Jalan Sook – Nabawan

IMG_20211219_170634.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Seorang lelaki warga emas rentung dalam kemalangan di Jalan Sook – Nabawan sini pagi tadi.

Kereta Proton Saga yang dipandu oleh Wahab Marjuki, 61 tahun, bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan terbakar.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, Balai Bomba dan Penyelamat Sook, Keningau menerima panggilan kecemasan jam 10.30 pagi tadi.

Pegawai Operasi, Selverinus Julius bersama enam lagi anggota bomba termasuk empat anggota Pasukan Bomba Bantuan telah ke lokasi bersama satu aset Fire Rescue Tender. Jarak lokasi adalah 19 kilometer.

Walau bagaimanapun, kebakaran telah dipadam orang awam sebelum ketibaan jentera Bomba .

Terdapat seorang mangsa lelaki ditemukan rentung di dalam Proton Saga tersebut dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan ringan telah dihantar oleh orang awam ke hospital.

Operasi terkawal pada jam 11.20 pagi dan operasi tamat pada jam 11.29 pagi.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top