Warga emas maut kereta dihempap batu di Tenom

kereta-dihempap-batu.jpg

Foto: Ihsan Bomba

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang warga emas maut apabila bumbung keretanya dihempap seketul batu besar yang jatuh dari atas bukit di Tenom pada Rabu.

Ho Ka Cheong, 65, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Hamsa Isnurdini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah hari.

“Kemalangan berlaku di Kuala Tomani di Mansaam, Tenom,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata menurut saksi, batu besar jatuh dari puncak bukit dan mendarat di atas kereta Ho.

Hamsa berkata pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke tempat kejadian dengan jentera bomba mereka kerana kejadian berlaku di jalan tanah yang tidak boleh dilalui oleh jentera tersebut.

Selepas memandu sejauh 45km, pasukan itu kemudiannya terpaksa menempuh perjalanan sejauh 10km lagi dengan pacuan empat roda pekerja binaan ke lokasi sebenar kereta yang remuk itu, katanya.

Ketua Balai Bomba Tenom Mohd Zainal Sinsian berkata sebatang jalan sedang dibina di kawasan itu yang membawa kepada projek loji hidroelektrik yang besar.

“Pegawai perubatan di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia selepas mayatnya dikeluarkan dari kenderaan yang remuk,” katanya.

Mayat Ho telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala operasi di lokasi tamat pada 3.22 petang, katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top