Warga emas maut ditetak buruh ladang

ACP-Jasmin.jpg

ACP Jasmin (gambar fail)

Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang lelaki bekerja sebagai buruh asing ditahan selepas dipercayai menetak warga emas menggunakan parang di sebuah rumah kebun di Jalan Sing Ho, Merotai Besar, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata,mangsa merupakan warga tempatan berusia 66 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kesan luka di bahagian kiri dan kanan kepalanya.

Katanya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa bersama suspek sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan.

“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa  berlakunya satu pergaduhan menggunakan senjata parang, pada jam 2.44 petang.

“Ketika tiba di lokasi, polis menemukan mayat lelaki bersama kesan tetakan di rumah kebun terbabit sekali gus berjaya menahan suspek terbabit,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jasmin berkata, pemeriksaan awal mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah ketika berada di negeri.

“Polis turut merampas sebilah parang dipercayai digunakan suspek untuk menetak mangsa.

“Suspek bekerja sebagai buruh ladang di kebun Merotai Besar. Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat,” jelas Jasmin.

Menurutnya, kes ini akandisiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek disiasat mengikut dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berada di Malaysia,” kata Jasmin. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top