Warga emas maut dihempap jentolak

dihempap-jentolak.jpg

Foto JBPM Pitas

Kongsi Bersama

PITAS: Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap jentolak ketika melakukan kerja pembersihan ladang kelapa sawit di Kampung Rosob di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa Kok Vui Siong, 64, maut akibat tersepit oleh jentera berat terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pitas berhubung kejadian itu pada jam 2.41 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 40 kilometer dari BBP Kota Marudu.

“Menurut laporan sebuah jentera berat jatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter semasa menjalankan kerja pembersihan ladang.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam jentolak berkenaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan bantuan jengkaut namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.24 petang,” katanya. — Sinar Harian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top