PAITAN: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa keluar membeli barang keperluan dapur dengan menaiki perahu akhirnya ditemukan di Sungai Kampung Panindakan Sugut dekat sini.
Mayat mangsa yang berumur 69 tahun itu ditemukan kira-kira jam 11.35 pagi semalam, kira-kira 500 meter dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selepas pihak bomba menerima laporan berhubung kehilangan mangsa kelmarin.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di lokasi kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak bomba ditamatkan pada jam 3.30 petang semalam.
Komen