Warga Emas, Anak dan Menantu Rentung Dalam Kebakaran di Sandakan

kebakaran.jpg

Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar 90%. (Gambar Bomba)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seorang warga emas dan sepasang suami isteri ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah jenis kekal di Taman Rajawali kira-kira 10.30 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), mayat wanita berumur 90-an itu ditemukan bersama anak lelaki dan menantu perempuan selepas api berjaya dikawal 11 malam.

Katanya, umur suami isteri berkenaan serta identiti ketiga-tiga mangsa masih dalam siasatan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.35 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal telah terbakar 90%,” menurut kenyataan itu.

Operasi tamat sepenuhnya pukul 1.21 pagi tadi dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top