Warga DBKK perlu utamakan budaya kerja berintegriti – Noorliza

hari-keluarga-dbkk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Anggota serta pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) perlu membudayakan amalan kerja berintegriti dalam melaksanakan tugas seharian mereka.

Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, perkara ini penting berikutan mereka sering terdedah kepada pelbagai keadaan sekali gus perlu membuktikan DBKK bebas kepada gejala rasuah.

Katanya, ketulusan dalam melaksanakan tugas sangat dituntut bagi memastikan warga masyarakat bandar raya yakin terhadap mutu serta perkhidmatan ditawarkan DBKK.

“Kita mempunyai Bahagian Integiti DBKK yang berfungsi memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di semua Jabatan serta Jawatankuasa Antirasuah bagi menyelaras dan memantau aktiviti pengukuhan integriti di DBKK.

“Ini bagi memastikan pembudayaan, penginstitusian serta pelaksanaan integriti dalam organisasi akan dapat dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sambutan Hari keluarga DBKK di Padang Merdeka di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie serta pegawai-pegawai kanan DBKK.

Noorliza berkata, pelbagai kejayaan sudah dicapai DBKK dalam tahun ini sehingga mengharumkan namanya di peringkat antarabangsa.

“Inilah kekuatan serta budaya kerja yang diamalkan oleh DBKK..Kita sentiasa siap sedia 24 jam untuk memastikan warga bandaraya selesa, bersih dan selamat untuk dikunjungi.

“Ada satu kejadian yang perlu dicontohi oleh warga DBKK apabila ada sifat kejujuran anggota yang mengembalikan dompet kepada pemiliknya.

“Dalam dompet tersebut mengandungi wang tunai RM10,000…Bayangkan jika beliau tidak jujur sudah tentu wang tersebut tidak akan dikembalikan kepada pemilik, sikap kejujuran ini harus dicontohi oleh warga DBKK,” jelas Noorliza. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top