Wanita UPKO Libaran perkasa program turun padang

wanita-UPKO.jpg

Pergerakan Wanita UPKO Libaran merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat diadakan.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Libaran akan mempergiatkan program turun padang.

Dalam Mesyuarat Pergerakan Wanita UPKO Libaran dipengerusikan oleh Rusianah Lampog, beliau menjelaskan pihaknya akan turun padang untuk memberikan penerangan di akar umbi berkenaan dasar-dasar kerajaan perpaduan.

“Selain itu, kita juga akan menerangkan kemudahan yang wujud untuk membantu usahawan dan koperasi.

“UPKO Wanita Libaran menyambut baik perancangan pihak kerajaan Persekutuan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara, terutamanya daerah-daerah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah diberikan mandat oleh Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick untuk mengenal pasti dan membantu usahawan wanita serta koperasi baharu yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka di Sabah.

“Selain daripada pendidikan formal, kaum wanita juga mempunyai ruang untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan membuat perniagaan kecil dalam usaha membantu menambah pendapatan keluarga, seterusnya keluar daripada kepompongan kemiskinan,” katanya.

Selain daripada itu katanya, wanita UPKO Libaran juga akan berusaha mengumpulkan dana bagi tujuan menyediakan sekurang-kurangnya 100 bakul makanan untuk diagih-agihkan kepada ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan fakir miskin di kawasan Libaran menjelang Bulan Ramadan tahun ini.

Sementara itu katanya, Ketua Bahagian UPKO Libaran, Dr Peter Jr Naintin juga memberikan sasaran seramai 100 wanita di Libaran untuk dijadikan usahawan dan penubuhan satu koperasi wanita. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top