Wanita UMNO Beaufort Sedia Galas Tanggungjawab Komanden Jentera PRU15

siti-aminah-beaufort.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: Wanita UMNO Bahagian Beaufort sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai komandan jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15 ), kata Ketuanya Datuk Hajah Siti Aminah Haji Aching.

Sambil menyatakan bahawa sayap parti itu telah bersiap sedia sejak empat tahun lepas, Aminah yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort berkata, kekuatan Wanita UMNO adalah kerana ia sentiasa berada di sisi rakyat.

“Presiden (Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan Ketua Umno Sabah (Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ) sudah mengamanahkan tugas serta tanggungjawab kepada kita sebagai komandan jentera PRU. Bila-bila masa kita sudah bersedia,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno bahagian itu di Dewan Masyarakat Pa Musa, di sini, Sabtu lepas.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat dan turut dihadiri oleh Wakil Perhubungan Umno Sabah Hajah Amuilin Junsin.

Ketika diajukan soalan sekiranya Umno/BN diberikan peluang untuk mewakili kawasan tersebut pada PRU kali ini Aminah berkata ianya lebih memudahkan gerak kerja jentera wanita memandangkan terdapat 24 Pusat daerah mengundi (PDM) 12 di DUN Kuala Penyu dan 12 DUN Klias sudah dibentuk dan digerakkan sejak tahun lalu dan kini dalam keadaan siap siaga menghadapi PRu Ke-15

”Kita telah bersedia sepenuhnya dan jentera Wanita begitu komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dan kita (wanita) telah memperkemaskan strategi di setaip PDM,” katanya.

Mengenai ketetapan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi Umno untuk memastikan 30 peratus yang bakal bertanding dalam PRU kali ni terdiri daripada kaum wanita, Aminah berkata ianya merupakan satu langkah progresif dan dinamik bagi memastikan suara Wanita diangkat dalam membuat keputusan merangka dasar dan menjadi wakil rakyat. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top