Wanita, Puteri UMNO Jemput Pemimpin DAP, Pemuda Kekal Pendirian

UMNO-DAP.jpg

Dua pemimpin DAP yang kelihatan menghadiri persidangan sayap UMNO pagi tadi.

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP dijemput dua sayap UMNO, Wanita dan Puteri ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 hari ini walaupun Pemuda kekal dengan pendirian tidak mengundang rakan parti politik dalam kerajaan campuran.

Semasa pembukaan persidangan Wanita UMNO pagi ini, media melaporkan kehadiran Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.

Manakala Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2023 pula dihadiri Timbalan Ketua Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP, yang juga Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Ketua Srikandi Keadilan, Anetha Pillai; Ketua Wanita Muda Amanah, Nurthaqaffah Nordin.

Turut dijemput pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO itu ialah Ketua Biro Wanita Muda PBRS, Datin Stella Bolkin.

Difahamkan, Wanita dan Puteri UMNO menjemput pemimpin parti dalam kerajaan campuran ke persidangan pergerakan sayap itu.

Sabtu lalu, Barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri sebulat suara tidak menjemput wakil mana-mana parti lain dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Pemuda UMNO sempena PAU2033 yang bermula semalam.
Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, keputusan itu dicapai menerusi undian yang telah dibuat. – AGENDA DAILY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top