Wanita PKR Namakan ADUN Amanah Dalam Laporan Serangan Seksual

polis.jpg
Kongsi Bersama

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari utara tanah air dinamakan dalam satu laporan serangan seksual oleh aktivis PKR yang menuduh ahli politik itu meraba tubuhnya.

Dalam laporan polis dilakukan di balai polis Subang Jaya minggu lalu yang dilihat MalaysiaNow menyatakan insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya dan di dalam kereta ahli politik itu.

Apabila dihubungi, polis mengesahkan laporan tersebut, namun butiran lanjut tidak diberikan.

Pengadu berkata mulanya bertemu dengan ahli politik itu pada Januari, dan kemudian bertemu kali kedua selepas bersetuju untuk makan malam pada hari kelahirannya. – MalaysiaNow


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top