Wanita PHRS selar desakan Wanita, Puteri UMNO Sabah ke atas Hajiji

Norazian-Dumit.jpg

Norazian

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Wanita Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menyelar desakan daripada Wanita dan Puteri UMNO Sabah yang menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk meletakkan jawatan.

Ketua Wanita PHRS, Norazian Dumit berkata, mungkin Wanita dan Puteri UMNO Sabah lupa bahawa mereka juga pernah berdepan isu sama ketika memerintah sebelum ini.

“Apabila beberapa pemimpin UMNO terpalit isu fitnah rasuah, terdapat juga desakan meletak jawatan yang membabitkan kepimpinan parti itu.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku perpecahan dalaman sehingga membolehkan UMNO jatuh malah hampir terkubur seterusnya memberi kesan kepada banyak pihak.

“Situasi yang sama telah berlaku di Sabah, dan adakah hanya dengan suntingan video yang jelas terlihat dirancang si perakam, belum sahih dan diputuskan siasatan oleh pihak berwajib, Hajiji harus meletak jawatan?

“Desakan itu tidak adil kerana dalam kes ini belum ada pendakwaan dan keputusan mahkamah dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Tambah beliau, seharusnya kedua sayap UMNO ini kembali cermin diri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana situasi ini pernah berlaku pada parti itu, tetapi mereka pilih kekalkan ketua demi kestabilan dalaman politik.

“Inilah yang seharusnya dilakukan di Sabah tapi tidak bermakna kita sokong salah laku rasuah, tetapi beri laluan kepada siasatan dan bukan percaya seterusnya menghukum dengan hanya bergantung video tular semata-mata.

“Tindakan mereka ini sangatlah bersifat perjudis kerana terus menuduh dan menghukum tanpa keadilan yang jelas,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, kenyataan mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai pengurusan sumber asli Sabah secara menyeluruh juga dilihat sebagai satu usaha membenarkan campur tangan pihak luar.

Di mana hal ini bertentangan dengan keinginan rakyat Sabah yang berkonsepkan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’.

“Mereka harusnya sedar bahawa perubahan politik di Sabah dalam beberapa siri PRU Dan PRN sebelum ini adalah kerana keinginan rakyat Sabah untuk berdiri sendiri dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri.

“Desakan meletak jawatan ini juga dilihat bakal menggugat usaha menjadikan Sabah berdikari menjadi seperti Sarawak.

“Oleh itu, says menyeru semua parti komponen GRS dan rakyat bersatu dan menyekat usaha menjadikan Sabah sebagai negeri yang mudah digugat kestabilan politiknya,” tegasnya.

––Mirlen Axtius

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top