Wanita PGRS santuni pesakit kronik

wanita-GRS.png

Redonah bergambar kenangan dengan jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Inanam.

Kongsi Bersama

MENGGATAL:Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sempena menjelang Hari Krismas, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) telah mengadakan lawatan di Kampung Kaliangau Manggatal kelmarin.

Lawatan itu dihadiri Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Wanita PGRS bahagian Inanam Meilin Medusin serta ahli jawatankuasanya.

Redonah berkata sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, dan kali ini golongan kurang bernasib menerima sumbangan sempena Krismas sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan tersebut.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain.

Sempena lawatan itu, Redonah telah menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas kepada keluarga Petrus Ayang, 62 tahun pesakit kronik ,daripada Kampung Keliangau Manggatal.

 

Sumber: Penerangan Gagasan Rakyat

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top