Wanita Maut Dipijak Gajah Liar Di Tawau

maut-gajah.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Seorang wanita maut dipercayai diserang seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merotai-Kalabakan, pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Samsiah Arshad, 67, maut selepas dipijak gajah liar tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama suaminya Tahir Salleh, dalam perjalanan untuk melawat cucu mereka di Kongsi 4, Ladang Kelapa Sawit Cenderamata dengan menaiki sebuah motosikal.

Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua mereka diserang mamalia itu tetapi suaminya berjaya menyelamatkan diri.

Selain itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut mengesahkan pihaknya menerima maklumat berkaitan kes amukan gajah liar di kawasan Dumpas.

Menurutnya, gajah itu bukan gajah betina bunting yang sebelum ini dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai.

“Ini gajah lain, gajah betina sebelum ini sudah dihalau ke habitatnya dan gajah yang menyerang mangsa tidak memakai kolar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin mengesahkan ada menerima laporan awal mengenai kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan.

Sumber berita dan foto: Awani

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top