Wanita KDCA Lapor Polis Posting Menghina Masyarakat Asal Sabah

Joanna-Kitingan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) membuat laporan polis berhubung satu hantaran media sosial yang didakwa menghina dan merendahkan budaya dan adat resam masyarakat asal Sabah.

Pengerusi majlis wanita KDCA Joanna Kitingan berkata kenyataan yang disiarkan oleh seorang individu dalam Facebook, juga bersifat menyinggung perasaan wanita masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR).

Dia menambah bahawa individu itu juga telah menghina maruah Bobolian, yang merupakan pendeta atau rahib wanita tertinggi dan ketua ritual dalam masyarakat KDMR.

“Bagi pihak majlis wanita KDCA dan pengerusi pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau, saya membuat laporan ini untuk meminta polis menyiasat posting dan individu terbabit,” katanya pada Rabu (4 Mei).

Dia memfailkan laporan polis itu di balai polis Penampang dekat sini.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meneliti kes itu.

“Laporan polis itu juga menjadi peringatan kepada mana-mana orang atau pihak supaya tidak mengeluarkan kata-kata memburukkan mana-mana kaum atau adat mereka,” kata Kitingan. – The Star

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top