Wanita GRS tonggak kekuatan parti

wanita-GRS.jpg

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun merakamkan kenangan bersama pimpinan Wanita GRS Tuaran dan akar umbi di Majlis Jalinan Kasih Ketua Wanita GRS Sabah bertempat di Dewan Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kg Lok Batik, Tuaran.

Kongsi Bersama

TUARAN: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa supaya terus meningkatkan perpaduan sedia ada untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan parti.

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun mengingatkan jentera parti khususnya Wanita GRS tidak boleh leka, sebaliknya perlu terus bekerja untuk rakyat.

Beliau berkata demikian Ketika membuat lawatan ke Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN )Sulaman dan DUN Pantai Dalit yang terletak di Parlimen Tuaran di sini pada Ahad.

“Peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” jelasnya.

Justeru, katanya, Wanita GRS adalah tonggak kepada kekuatan parti yang mendokong kerajaan pada hari ini, bersama rakan-rakan daripada parti lain.

Terdahulu, Azizah merasmikan Majlis Jalinan Kasih Ketua Wanita GRS Sabah bertempat di Dewan Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kg Lok Batik, Tuaran pagi tadi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Wanita GRS Puan Glenna Wong, Timbalan Bendahari Wanita GRS Datuk Surinam Sadikun, Ketua Penyelaras Parlimen Zon 1B, P.170 Sulaman Datuk Jamaliah Antalip, Penyelaras Wanita GRS Dun Pantai Dalit Puan Kasmah Binti Bakar serta pemimpin-pemimpin akar umbi wanita GRS di Parlimen Tuaran. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top