Wanita Ditahan Anjur Konsert Palsu di Sabah

konsert-palsu.jpg

Kredit foto: Awani

Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang wanita tempatan berkaitan kes penipuan konsert yang kononnya akan diadakan di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang artis berhubung konsert palsu itu.

“Suspek telah menawarkan penjualan tiket konsert berharga di antara RM199 sehingga RM649.

“Pengadu telah menafikan ada ditawarkan atau menandatangani sebarang kontrak untuk menyertai konsert tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Melalui poster yang tular, konsert palsu itu kononnya bakal berlangsung di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada 4 Feb depan yang akan menampilkan Awie, Erra Fazira, Ahmad Dhani dan Ziana Zain.

Sementara itu Awie dalam hantaran Instagramnya berkata tindakan wanita terbabit merupakan percubaan untuk menipu bagi mendapatkan keuntungan mudah.

“Tak tahulah sudah berapa ramai orang yang kena tipu bagi dia duit beli tiket,” kata Awie.

Suspek kini direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu.

Sementara itu, polis meminta orang ramai yang telah membeli tiket konsert agar tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Sumber: FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top