Wanita Dipercayai Pesakit Covid-19 Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 8 Hospital

dead-body-sabah-emel-pic-221020-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seorang wanita dipercayai pesakit Covid-19 meninggal dunia selepas jatuh dari bangunan hospital, di sini malam tadi.

Mayat wanita berusia 63 tahun itu ditemui di perkarangan Hospital Queen Elizabeth 1 pada pukul 9.15 malam. Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 8 bangunan terbabit.

Ketua polis daerah Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital kira-kira pukul 9.30 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital pada 13 Oktober lalu selepas didapati positif Covid-19.

Habibi berkata mangsa dijadualkan untuk keluar hospital hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa dan kejadian untuk menghubungi polis bagi membantu siasatan. –FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top