Wanita Cuba Terjun Dari Pangsapuri Di Tuaran

cuba-terjun.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Seorang wanita berusia 31 tahun cuba untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan pangsapuri di sebuah taman perumahan di sini petang semalam.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dipujuk dan tenangkan oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah, sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II KUP Suffian Aban dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.12 petang.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada jam 6.23 petang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top